Cara Mudah Membuat Pupuk Kompos

Kompos adalah baja organik yang amat sesuai digunakan untuk kebun kita. Ia mampu mengembalikan kesuburan tanah yang lesu. Dan yang penting, ia organik. 


Bahan: 
  • Bahan kering (perang) yang kaya dengan karbon. Contoh: Dedaun kering, reranting kecil, habuk kayu, cardboard (koyak/potong kecil) dan lain-lain. 
  • Bahan basah (hijau) yang kaya dengan nitrogen. Contoh: rumput yang dipotong, sisa tanaman, sisa sayuran, tinja ayam, tinja kambing, tinja kuda, tinja lembu, hampas teh/kopi dan lain-lain. 
  • Bahan tambahan seperti kulit telur, tanah bakar dan sebagainya.
  • Air untuk menyiram. 
  • Boleh juga jika mahu tambah dengan air beras, air kelapa, ragi, larutan EM, molasses (gula merah yang dimasak dengan sedikit air). nota: Jika tiada bahan memadai dengan air sahaja… 
Cara membuatnya : 
  1. Lapiskan dan selang-selikan lapisan bahan-bahan kering dan basah di atas tanah. Jika tiada tempat atau tanah untuk meletakkan kompos, boleh juga gunakan apa-apa bekas yangg sesuai. Contohnya kotak polysterine. 
  2. Siram dengan air pada setiap lapisan, sehingga lembab. 
  3. Bolak-balikkan kompos selang beberapa hari sekali. Cadangan: Setiap dua hari sekali. 
  4. Kompos biasanya akan terkompos dan siap setelah disimpan beberapa bulan atau hingga setahun.